Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar (lahir 2 Julai 1953) adalah seorang penyanyi tersohor yang dikenali sebagai Biduanita Negara di Malaysia. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era 1970-an lagi, sebelum kehadiran Sudirman Hj Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza.
Biografi
Sharifah Aini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor.
Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut
menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya
sendiri di merata tempat di Johor.
Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah
Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di
zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di
majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah
bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di
sekolah-sekolah lain di Johor Bahru
seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah
Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut
mengundangnya menyanyi ketika mengadakan sebuah majlis tertentu di
sekolah tersebut. selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils
anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis
perkahwinan dan juga majlis perasmian. Setelah menamatkan pengajian
hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi
bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga
pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau
akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan
terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang
ketika itu amat susah.
Pembabitan awal
Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.Kejayaan
Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini.Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 1976, beliau menyanyikan duet dengan Artis No.1 Indonesia, Broery Marantika. Lagu duet mereka, iaitu Seiring Dan Sejalan telah menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air. Setelah melebihi 30 tahun dalam bidang hiburan, beliau telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.
Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu juga didatangi oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual. Sebelum ini, Sharifah aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat. Sambutan yang diberikan begitu menggalakkan dan kesemua penjualan tiket laris terjual.
Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.
Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran Permata Negara [1] oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain.
Era Sharifah Aini
Di era kegemilangan Sharifah Aini dahulu, di era 70-an, Sharifah adalah artis Malaysia pertama yang membawa gelaran Superstar. Gelaran ini diberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan di atas kejayaannya yang telah mengharumkan nama negara sekaligus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Selain beliau, artis lain yang juga memegang gelaran yang sama ialah Anita Sarawak. Artis wanita yang juga terkenal di era 70-an adalah Uji Rashid.
Pernah suatu ketika dahulu, Sharifah Aini dan Anita Sarawak dikatakan bersaing. Banyak juga pihak yang mengkritik mereka dari segi pakaian dan juga penampilan. Namun begitu, Sharifah tetap laris dengan menggunakan suaranya. Beliau juga merupakan ikon kepada masyarakat.
Populariti
Sharifah bukan sahaja mengadakan persembahan di rantau Asia, beliau juga telah mengadakan beberapa konsert di Eropah dan populariti Sharifah begitu meluas di Asia Timur Tengah. Selain itu, beliau juga mempunyai peminat yang begitu ramai di Timur Tengah.Ketika popularitinya sedang memuncak di era 70an dahulu, Sharifah juga menerima pelbagai-bagai gelaran. Antaranya seperti Elizabeth Taylor Malaysia, Dolly Parton Malaysia, Sparkles Diamond Of EMI Malaysia Ratu Muzik Malaysia dan berbagai lagi. Sharifah Aini juga pernah diberi gelaran Royalty Singer oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad kerana beliau adalah artis paling banyak menghasilkan album ketika itu.
a.
Pecah rekod
Di Malaysia, Sharifah merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysia Book Of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.Pencapaian
Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).Biduanita Lagenda
Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.Diskografi
Album EP
- Seri Dewi Malam (EP - 1970)
- Kekasih Pujaan (EP - 1970)
- Aku Dan Dia (EP - 1971)
- Perasaanku (EP - 1972)
- Pahit Manis (EP - 1972)
- Jangan Tinggalkan Daku (EP - 1972)
- Adat Lama Jangan Dilupa (EP - 1973)
- Inikah Manusia (EP - 1973)
- Dia Terlupa (EP - 1973)
- Kau Telah Disampingku (EP - 1974)
- Jangan Putarkan Laguku (EP - 1974)
- Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (EP - 1974)
- Permintaan Terakhir Dan Rahsia Hati (EP - 1975)
- Manis Manis (EP - 1975)
- Surat Dari Seberang (EP - 1977)
Album Era Klasik 70An
- 1972 - Dari Hati Ke Hati
- 1973 - Kenanglah Daku
- 1974 - Cahaya Keinsafan
- 1975 - Irama Cintaku
- 1976 - Sharifah Aini
- 1977 - Inilah Laguku
- 1977 - Forever And Ever
- 1978 - Inilah Laguku 2
- 1979 - Lela Manja
- 1979 - Inilah Laguku 3
- 1979 - Women In Love
Album Era Sensasi 80An
- 1980 - Lagu-Lagu Pujaan (10 tahun - Kompilasi)
- 1980 - Just For You
- 1980 - Malam
- 1981 - Rasa Sayang (Feeling Of Love)
- 1981 - Harum Dalam Kenangan
- 1982 - Rahsia Hati
- 1982 - Collection Plus 2 (Kompilasi)
- 1983 - Irama Dari Sekeping Hati
- 1984 - Suara Kedamaian
- 1984 - He is Beautiful To Me
- 1984 - Cahayaku
- 1985 - Dari Masa Hingga Masa 1 Dan 2 (Kompilasi)
- 1985 - 16 Lagu-Lagu Terbaik Sharifah Aini (Kompilasi)
- 1986 - Kau Yang Bernama
- 1987 - The Best Of Sharifah Aini (Kompilasi)
- 1987 - Kasih
- 1988 - pilihan Sentimental Emas (Kompilasi)
- 1988 - Sharifah Aini
Album Era 90An
- 1991 - Kenangan Manis Vol 1 (Kompilasi)
- 1992 - Kenangan Manis vol 2 (Kompilasi)
- 1993 - Koleksi Klasik (Kompilasi)
- 1994 - Sharifah Aini
- 1995 - Seraut Wajah Semerdu Suara (Album Live)
- 1996 - Selamanya (Kompilasi)
- 1996 - Pilihan Klasik Aidilfitri (Album Kompilasi Raya)
- 1997 - Nostalgia Aidilfitri
- 1998 - Yayadan
- 1998 - Dewi Sukma (Album Kompilasi Sharifah Aini dan Uji Rashid)
- 1999 - Takkan Melayu Hilang Dunia
- 1999 - Seri Dewi Sharifah Aini
- 1999 - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Album Kompilasi Raya)
Album Era Millennium
- 2000 - Seribu Mawar
- 2000 - Dewi Intan (Inilah Laguku 1 & Inilah Laguku 2 - Terbitan semula 2 dalam 1)
- 2000 - Di Pintu Ampun...Menjelang Syawal (Album Raya)
- 2001 - Kenangan Istimewa Sharifah Aini Dan Broery Marantika (Album Khas Sharifah Aini dan Broery Marantika)
- 2001 - Alunan Sukma (Sharifah Aini dan Sudirman - Album Khas Trdisional Sharifah Aini dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad)
- 2002 - Seri Dewi Malam: A Love Story (Album Kompilasi)
- 2002 - Woman In lLove (Album Kompilasi Inggeris Sharifah Aini)
- 2003 - Syahdu
- 2003 - Anugerah Datuk Sharifah Aini (Album Kompilasi)
- 2003 - Datuk Sharifah Aini: Syawal 1424 (Album Kompilasi Raya Datuk Sharifah Aini)
- 2004 - Koleksi Memori Datuk Sharifah Aini (Album Komplasi)
- 2005 - Memori Hit Sentimental Datuk Sharifah Aini (album Kompilasi)
- 2005 - Bukan Cinta Biasa
- 2006 - Timeless (Datuk Sharifah Aini - Album Kompilasi)
Album Hari Raya
- 1973 - Selamat Hari Raya Aidilfitri
- 1977 - Bergembira Di Hari Raya (Menampilkan dialog bersama Hail Amir, Uji Rashid dan Datuk D J Dave)
- 1984 - Deli Aidilfitri
- 1988 - Salam Aidilfitri
- 1997 - Nostalgia Aidilfitri
- 1999 - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
- 2000 - Di Pintu Ampun...Menjelang Syawal
- 2003 - Datuk Sharifah Aini: Syawal 1424
Album Runut Bunyi
- 1975 - Permintaan Terakhir
- 1976 - Hapuslah Air Matamu (Album Runut Bunyi terbaik yang pernah dihasilkan dalam Sejarah Perfileman Melayu)
- 1980 - Sumber Ilhamku
- 1981 - Bintang Pujaan
Pencapaian Biduanita Negara
- Juara Bintang RTS (Tiga Malam - 1968)
- Penghibur Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 1972-1977)
- Penghibur Wanita Popular (Anugerah PAPITA 1970-1976, 1979)
- Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Hapuslah Airmatamu- Festival Filem Malaysia 1977)
- Anugerah Lagu Terbaik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975)
- Anugerah Penghibur Terbaik Asia Pasifik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975)
- Anugerah Darjah Pingat Setia Mahkota Johor 1983
- Anugerah Artis Evergreen Paling Sensasi (Anugerah Media Hiburan 2000)
- Anugerah Pencapaian Seni Terbaik (Anugerah PAPITA 2000) [2]
- Anugerah Khas Planet Muzik (Anugerah Planet Muzik 2001)
- Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah 2001)
- Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002)
- Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003)
- Anugerah Diva Sepanjang Zaman (Anugerah Parti Cit Cat Bersama Azwan Ali 2004)
- Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006)
Biduanita Asia
- Memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu 'Tiga Malam'.
- Penghibur wanita pertama yang menerima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik 1977 di Korea.
- Sharifah adalah merupakan artis yang terkenal dan begitu diminati oleh semua peminat di rantau Asia. Ia sekaligus menjadikan diri beliau sebagai penghibur tersohor Asia.
- Menjuarai pertandingan di Anugerah Lagu Asia Pasifik pada tahun 1975.
- Merupakan artis Malaysia dan Asia pertama mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall, Singapura.
- Artis pertama paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman (EMI) di Malaysia.
- Sharifah adalah artis Malaysia pertama digelar Superstar. Ia adalah berdasarkan kehebatan populariti beliau yang tiada tandingan serta mampu merentasi di beberapa buah negara di seluruh Asia.
- Pernah mengadakan persembahan eksklusif dan konsert besar di beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Belanda, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Jepun, Brunei, Singapura dan Indonesia
- Artis malaysia pertama paling banyak menghasilkan album di dalam dan luar negara.
- Nama tercatat di dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Malaysia Pertama Paling Lama Bertahan Di Bawah Satu Syarikat Rakaman'.
- Sharifah adalah salah seorang tokoh seni yang digelar sebagai Dermawan kerana kejujuran dan keikhlasannya yang sentiasa memberi pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di sebalik keikhlasan dan kemulian hatinya, beliau juga turut digelar antara Usahawan paling berjaya sekaligus telah menjadi dirinya sebagai seorang Jutawan terkenal. Sharifah mempunyai aset hampir ratusan juta ringgit. Ia adalah hasil daripada kerja keras serta titik peluhnya sendiri selama hampir empat dekad beliau berkecimpung dalam bidang seni suara sekaligus telah meletakkan diri beliau setaraf dengan artis-artis antarabangsa. Namun begitu, beliau tetap merendah diri dan tidak pernah lupa asal-usulnya. Itulah keistimewaan Biduanita Negara dan Asia ini.
- Sharifah merupakan satu-satunya artis yang masih dijadikan contoh ataupun dipanggil sebagai 'Role Model' oleh semua lapisan masyarakat.
- Artis Malaysia yang mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu seperti Ghazal, Deli, Pop, Evergreen, dan juga Rock serta Hip Hop dengan baik.
- Sharifah pernah tersenarai dalam 'Lima Tangga Teratas Artis Paling Popular Asia' di sekitar era 70an dahulu.
- Sharifah merupakan antara artis yang menerima bayaran royalti tertinggi bagi satu penjualan album. Selain beliau, artis lain yang juga merupakan artis bayaran royalti tertinggi ialah seperti Anita Sarawak, Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi. Beliau juga merupakan artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi satu undangan persembahan.[perlu rujukan]
- Beliau pernah berbakti dengan membuat 2,518 persembahan amal tanpa bayaran. [1]
Lagu
- Seiring Dan Sejalan - duet bersama Broery Marantika
- Hapuslah Air Matamu
- Bunga Tanjung
- Jalak Lenteng
- Maafkanlah
- Yayadan
- Seksa
- Dondang Sayang
- Sri Mersing
- Mak Inang Melayu - duet bersama Sudirman Hj Arshad
- Fatwa Pujangga
- Seribu Mawar
- Hatiku Melekat Di Hatimu
- Ingatan Manis Di Bulan September
- Jatuh Cinta
- Kasihnya Ibu
- Kau Tinggi Di Awan Biru
- Hiburkanlah Hatiku
- Kau Pergi Tanpa Pesan
- Kau Racun Hidupku
- Jauh Di Mata
- Seri Dewi Malam
- Kau Yang Bernama
- Yang Sangat Ku Sayang
- Kekasih Pujaan
- Keresahan
- Putus Kasih
- Oh Di Mana
- Di Pinggir Kayangan
- Pantun Kasih
- Gerimis Mengundang
- Patah Hati
- Seroja
- Teratai
- Perasaan Hati - duet bersama Broery Marantika
- Kudaku Lari
- Anak Ayam - duet bersama Too Phat
- Sumber Ilham Seniku
- Cemburu
- Kasih
- Kisah Yang Lalu
- Melayu Takkan Hilang Di Dunia
- Songket
1. Suasana Hari Raya
2. Hatiku di curi lagi
3. Mawar putih untuk Mama
4. Hapuslah Airmatamu
5. Dekatlah padaku
6. Kenang daku dalam doamu
7. Seribu Mawar
8. Empat Dara
9. Kasihnya Ibu
10. Seiring dan sejalan duet Broery
11. Jangan aku di salahkan
12. kau tinggi di awan biru
13. Hatiku hatimu
14. Seri Dewi Malam
15. Kau pergi tanpa pesan
16. Terbang Helang
17. Bunga Tanjong
18. Di pinggir kayangan
19. Seksa
20. Sabarlah sayang duet M. Nasir
21. Yaladan duet Fadil Ahmad
22. Tiada maaf bagimu
23. Sejak kit aberpisah
24. Perasaan hati duet Borery
25. Teratai
26. Pahit dan Manis
27. Bunga Melor
28. Pengorbanan
29. Yayadan
30. Pujaan hatiku
31. Kau racun hidupku
32. Sri Kedah Sri Siantan
33. Ku curah kasih dalam lagu
34. Gunung Banang
35. Hello darling
36. Temanku
37. Sri Mersing
38. Yang di tunggu tak tiba
39. Pasangan bahagia duet M. Sani
40. Jangan adik angan - angan Duet M. Sani
1. Suasana Hari Raya
2. Hatiku di curi lagi
3. Mawar Putih untuk Mama
4. Hapuslah Airmatamu
5. Dekatlah padaku
No comments:
Post a Comment