Sunday, February 12, 2012

Whitney Houston - I will Always Love you # 4 di Billboard minggu ini


Penyanyi  terkenal  Whitney Houston meninggal dunia pada usia 48 Tahun. Single beliau I Will Always Love You kembali ke Carta Billboard minggu ini menduduki tangga yang ke4.
Mari kita imbas 10 lagu popular beliau.


10. So Emotional - 1987
Lagu ini ditulis oleh Billy Steinberg dan Tom Kelly yang juga merupakan pencipta lagu untuk Madonna , Like A Virgin. Ini adalah single Whitney yang ke 6 yang berjaya menduduki nombor 1 di Billboard meyamai rekod  Beatles dan Bee  Gees.



9. I'm Your Baby Tonight - 1990
Ini merupakan lagu daripada album Whitney yang ke3  dan juga single beliau yang pertama dari album tersebut menduduki nombor #1 selama 8 minggu.

,.

8. Saving All My Love For You - 1985
Penyanyi asal lagu ini Marylyn McCoo dan Billy Davis Jr pada tahun 1978. Ini merupakan single kedua daripada album Whitney yang berjaya menduduki tangga # 1. Menerusi lagu ini Whtney juga berjaya mengondol Anugerah Grammy Award Vokal Pop Wanita Terbaik.



7. Didn't We Almost Have It All - 1987
Ini merupakan single ke 2 daripada album Whitney . Lagu ini juga di calonkan Lagu Terbaik Grammy Awards 1988.



6. Where Do Broken Hearts Go -1988
Clive  Davis merupakan pencipta lagu ini.Ini merupakan single beliau yang ketujuh berjaya menduduki nombor # 1  dan memecahkan rekod.



5. I  Wanna dance With Soembody Who Loves Me -1987
Lagu ini adalah karya Goerge Merrill dan Shanon Rebucam. Ini merupakan kolabrasi yang kedua bagi mereka untuk Whitney yanag berjaya menduduki tangga nombor # 1. Pada masa yang sama album yang berjudul Whitney ini menduduki tangga yang #1 di carta Album. Single ini berjaya merangkul Anugerah Grammy Awards Pop Vokal Wanita Terbaik


4. All The Man That I  Need - 1990
 Lagu ini telahpun dirakamkan adalah Dance Artis Linda Clifford dan juga Sister Sledge sebelum versi Whitney 1990.Ini adalah single kedua yang berjaya menduduki  nombor # 1 daripada album I'm Your Baby Tonight yang diterbitkan Narada Michael Waldan.


3. How Will I Know - 1985
Lagu ini  adalah karya George Merilli dan Shanon Rubicam , Duo ini juga dikenali  Boy Meets Girl. Lagu hit mereka Waiting For A Star to Fall.Menurut sumber lagu itu sebenarnya ditulis untuk Janet Jackson. Menerusi lagu ini Whitney berjaya membuktikan yang beliau adalah penyanyi serba boleh  berjaya menyampaikan lagu perbagai rentak R & B, Dance dan juga Pop. Ini merupakn single kedua nombor # 1 selama 2 minggu di Puncak .


2. Greatest Love Of All - 1986
Lagu ini asalnya dirakam untuk  George Benson untuk soundtrakc filem Grestest tentang peninju Muhammad Ali . Lagu ini berjaya menduduki tangga #1 selama 3 minggu.


1. I Will Always Love You - 1992
Ini merupakan single  daripada filem sulung lakonan Whitney Bodyguard. Penyanyi asal dan pencipta lagu ini adalah Dolly Parton yang popular di Carta lagu Country.Versi Whitney Houston pula berjaya menduduki tangga  # 1 selama 14 minggu dan berjaya di jual sebanyak 12 juta salinan seluruh dunia. 










No comments:

Post a Comment