Monday, February 6, 2012

Madonna terus Vogue di Super Bowl


Wow. Madonna terus membuktikan yang beliau masih lagi peghibur nombor 1, tiada dua dan tiada tiga.
Walaupun telahpun berusia 53 tahun, usia bukan penghalang untuk beliau membuktikan persembahan beliau adalah yang terbaik semasa Super Bowl.

Persembahan selama 12:55 saat itu dilihat begitu sempurna di tangan Madonna. Pembukaan persembahan beliau dimulakan dengan lagu klasik 1990 Vogue.Diikuti dengan Music dan kemudian berkoblarasi dengan LMFAO Party Rock Anthem dan juga Sexy and I know It . Muncul pula bintang yang tengah bersinar Nicki Minaj dan M.I.A. mendendangkan single terbaru Madonna Give All Your Luvin.

Lagu Open your heart pula berkumandang menampilkan Cee - Lo.Persembahan terakhir beliau menyampaikan lagu Like A Prayer.

Menurut AP, kira-kira 110 juta orang dijangka untuk menonton Super Bowl tahun ini.
 
Ia adalah kali pertama   Madonna membuat persembahan masa  rehat  Super Bowl , ini adalah waktu yang terbaik untuk memperkenalkan single terbaru beliau"Give Me All Your Luvin. '" Lagu tersebut adalah daripada album terbaru "MDNA," studio album yang ke-12 Madonna, dan yang  pertama kaliuntuk Interscope, yang akan diedarkan pada 26 March 2012








Saksikan persembahan Madonna di Super Bowl. layan................







No comments:

Post a Comment