Tuesday, February 21, 2012

Latif Ibrahim dalam kenangan



Abd Latif Ibrahim merupakan penyanyi era 1970-an dan pelakon dari Malaysia. Beliau berlakon lebih 15 buah drama dan filem termasuklah Hapuslah Air MatamuDendang PerantauSumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhirnya ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. Tahun 2011, beliau berlakon teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an di Istana BudayaKuala Lumpur.
Lagu popularnya ialah Nora, Pilihklah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja. Beliau seangkatan dengan Uji RashidHail AmirDJ DaveDahlan Zainuddin ,Sharifah Aini dan lain-lain.

Keluarga

Beliau berasal dari Melaka.Datuknya pelakon bangsawan dan pelawak terkenal 1950-an Aman Belon.Bapa saudaranya Hussein Abu Hassan .Adiknya penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim . Kakaknya seniwati Sophia Ibrahim. Isterinya bernama Masriah Mahadan dan mereka mempunyai dua anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.

Meninggal dunia

Pada 20 Februari 2012, Latif Ibrahim (60 tahun) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sisi isterinya, Masriah Mahadan (67 tahun). Beliau juga menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2000.Beliau sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.Jenazah dibawa ke rumahnya di AU3, Taman KeramatHulu Kelang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4
Antara rakan artis yang hadir ialah seniman Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Halil Chik dan Datuk Sharifah Aini.



No comments:

Post a Comment