Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa.Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.
Diskografi
Sebagai seorang artis ternama Asia Tenggara, Siti mencapai jumlah penjualan sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia, terutama sekali di Malaysia dan Indonesia, sepanjang kerjayanya dalam bidang seni. Album sulungnya dilaporkan terjual lebih 50,000 salinan dan lapan daripada 14 album solonya turut menerima sijil Emas, Platinum atau berbilang Platinum dari Malaysia dan Indonesia: album Siti Nurhaliza kedua (6 kali platinum, 400,000 salinan dijual), Cindai (5 kali platinum, 400,000 dijual di Malaysia dan 100,000 dijual di Indonesia), Adiwarna (4 kali platinum), Pancawarna (2 kali platinum), Sahmura (2 kali platinum), Sanggar Mustika (emas di Indonesia dengan lebih 75,000 dijual), E.M.A.S (2 kali platinum, 200,000 dijual; platinum di Indonesia, lebih 300,000 dijual) dan Transkripsi (4 kali platinum, 80,000 dijual). Album Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall Londondan Anugerah Aidilfitri turut menerima sijil 3 kali platinum dengan terjual lebih 60,000 salinan di Malaysia san satu sijil platinum dari Indonesia. Album kesepuluhnya, Prasasti Seni terjual lebih 100,000 unit di pasaran Malaysia dan 700,000 lagi di pasaran Indonesia. Album kompilasi pertamanya, The Best of Siti Nurhaliza diberi pensijilan Emas di Indonesia kerana terjual lebih 75,000 unit.
10 Lagu Popular Dato Siti Nurhaliza yang popular di Laman Youtube.
10. Cahaya Cinta
9. Seribu kemanisan (358,440 pengunjung)
8. Ketika Cinta
7. Melawan Kesepian
6. Cindai
5. Percayalah
4. Kumahu
3. Biarlah Rahsia
2. Tahajjud Cinta
1. Bukan Cinta Biasa (2,405, 310 pengunjung)